> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://docs.kuasa.io/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://docs.kuasa.io/kuasa-sales/payment-gateway/billplz.md).

# BillPlz

Untuk menghubungkan Billplz dengan website Kuasa, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah **Collection ID,** **Secret Key** dan **X Signature**. Untuk memulakan proses penetapan payment gateway BillPlz anda boleh ikut tutorial ini :

1. Layari [**www.billplz.com**](https://docs.kuasa.io/kuasa-sales/payment-gateway/www.billplz.com) jika anda belum daftarkan akaun billplz, atau terus login jika sudah daftar. Dan klik button **Sign Up**.

![](/files/RMxKMgHDvaFeju2bkUvv)

### **Dapatkan Collection ID**

1\. Setelah selesai daftarkan akaun, Anda boleh terus login dan masuk ke dalam BillPlz dashboard. Kemudian klik "**Billing**" untuk tambah **Collection ID.**

![](/files/v3ZFrAHvUGkoHaYZdU3m)

2\. Pada page billing tersebut klik button **"Create Collection", Kemudian 1 popup akan keluar, dan anda harus masukkan Collection Title dan juga tick "I understand how reload credit works as stated below, dan klik button submit".**

![](/files/k16LtShSjLoIjkPPaxfv)

3\. Setelah selesai anda akan dapat lihat Collection yang anda baru cipta sebentar tadi. Anda boleh klik pada button **Copy** untuk copy Collection ID tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan di dalam Kuasa.

![](/files/3h0Mi7KfWVFA5Kt2ZY7T)

### Dapatkan Secret Key

1. Pada bahagian Dashboard Billplz, anda boleh klik pada icon **anak panah bawah** dan **klik Settings.**

![](/files/VMMadJk6kMpnWrgvlHkP)

2\. Seterusnya anda akan dibawa ke page Settings, anda boleh klik pada **BILLPLZ SECRET KEY**

![](/files/vLaWGlDjq3xceKNrG4Vr)

3\. Setelah anda klik pada tab **BILLPLZ SECRET KEY** tersebut, anda akan dapat lihat API key anda untuk anda masukkan didalam sistem Kuasa. Anda boleh klik button **Copy Billplz key** tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Kuasa.

![](/files/F56GKJ8OwjMxGQ0v8Izx)

### Dapatkan X Signature

1. Page page sama seperti dapatkan Secret Key, Anda boleh klik pada **XSIGNATURE PAYMENT,** kemudian klik button **"Save & Copy Xsignature key".**

![](/files/k9fe67CHi0RQuS8KpccY)

Anda boleh simpan ketiga-tiga key tersebut untuk kegunaan di langkah seterusnya. Key yang anda perlu simpan ialah :

* Collection ID
* Secret key
* X Signature

### Setup di Kuasa

1. Login ke akaun anda melalui [**https://sales.kuasa.io/**](https://sales.kuasa.io/).
2. Klik **Settings**.

![](/files/Dj9taZvMSgRak3XjHzhN)

3\. Klik **Payment Gateway**.

![](/files/GaqzHrCIHcFHp7G9Ghjg)

4\. Isikan API Key, X Signature, dan Collection ID daripada BillPlz, dan pastikan button toggle telah <mark style="color:green;">**ON**</mark>. Klik **Update** untuk simpan perubahan.

![](/files/5CS1ngRsmEnSBMKJk5zw)
