> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://docs.kuasa.io/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://docs.kuasa.io/kuasa-blast/broadcast/first-sms-broadcast.md).

# First SMS Broadcast

Sebelum memulakan SMS Broadcast pertama anda, sila pastikan anda sudah setup SMS Brand anda. Klik link di bawah untuk tutorial lengkap cara-cara untuk setup SMS Brand.

[**How to Setup SMS Brand**](/kuasa-blast/settings/how-to-setup-sms-brand.md)

1. Login ke akaun anda melalui [**https://blast.kuasa.io/**](https://blast.kuasa.io/).
2. Klik **New Broadcast**.

![](/files/8cTGxu3xn8E3ypuvcyK8)

3\. Klik **SMS Broadcast**, letakkan nama untuk broadcast, dan **Create New Campaign**.

![](/files/yiNqdAgk2C6r1pRPg0Ea)

4\. Anda diberi pilihan untuk menambah copywriting anda sendiri ataupun menggunakan template yang disediakan. Untuk langkah pertama, klik **Add Copywriting** untuk menggunakan copywriting anda sendiri.

![](/files/LUYeW7W4zjr4IXGZD6Dp)

5\. Tuliskan nama template, content untuk mesej Broadcast anda, kategori(optional), dan klik **Add New**.

![](/files/YmMruLs0HWQHwxI9fKKB)

6\. Skrol ke bawah dan klik **Select** pada template yang anda baru tambahkan.

![](/files/WDQ660ADcqYNT5jAL1Lc)

7\. Pilih contact list ataupun tagging untuk anda broadcast, dan klik **Next**.

![](/files/cgreC43yjDbE7g7ZGvwq)

8\. Di sini anda boleh semak dan pastikan ayat yang akan di broadcast tepat. Jika tepat, anda boleh ke langkah seterusnya, jika sebaliknya, hanya klik pada kotak di bawah **Message Text** untuk edit ayat anda.

![](/files/E4c8xEiAvmxUWvmB1fV1)

9\. Pilih SMS Brand yang telah anda setup. Sebelum anda menghantar broadcast kepada contact anda, anda boleh mencuba dahulu untuk melihat bagaimana mesej SMS yang contact anda akan dapat. Anda hanya perlu masukkan nombor anda dan klik **Test Send**.

![](/files/qHItaikjhU5gUSCYUJEh)

10\. Jika semuanya memuaskan, anda boleh klik **Send** untuk mula broadcast kepada contact list anda. Jika sebaliknya, anda boleh klik **Leave** untuk keluar daripada SMS Broadcast.

![](/files/Oh0D4nzt14lXR9z6VIrf)

11\. Tahniah! Anda telah berjaya untuk setting SMS Broadcast pertama anda.

![](/files/PIv9waOMIDnDSEHZ7sca)

12\. Contoh SMS Broadcast yang telah dihantar kepada contact list yang dipilih.

![](/files/6HzZeEf5t6WTD6AEtRSy)

13\. Sila klik link di bawah untuk tutorial tambahan untuk SMS Broadcast.

* Cara Membeli Kredit SMS : [**Tutorial**](/kuasa-blast/credits/how-to-buy-sms-credits.md)
* Cara Setup SMS Brand : [**Tutorial**](/kuasa-blast/settings/how-to-setup-sms-brand.md)
