> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://docs.kuasa.io/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://docs.kuasa.io/kuasa-blast/broadcast/first-whatsapp-broadcast.md).

# First WhatsApp Broadcast

Sebelum memulakan Broadcast pertama anda, sila pastikan anda sudah connect WhatsApp anda dengan sistem Kuasa Blast. Klik link di bawah untuk tutorial lengkap cara-cara connect WhatsApp kepada sistem ini.

[**Connect WhatsApp ke Kuasa Blast**](/kuasa-blast/broadcast/how-to-connect-your-whatsapp-to-kuasa-blast.md)

Setelah selesai connect ke WhatsApp, tonton video di bawah untuk mula blasting dalam masa kurang daripada 5 minit!

{% embed url="<https://youtu.be/2DdqLuQEscU>" %}

1. Login ke akaun anda melalui [**https://blast.kuasa.io/**](https://blast.kuasa.io/).
2. Klik **New Broadcast**.

![](/files/oIqAi9vIIkPVab41d9XU)

3\. Klik **WhatsApp Broadcast**, letakkan nama untuk broadcast, dan **Create New Campaign**.

![](/files/dQMcE0dvLIfwWiFfETQa)

4\. Anda diberi pilihan untuk menambah copywriting anda sendiri ataupun menggunakan template yang disediakan. Untuk langkah pertama, klik **Add Copywriting** untuk menggunakan copywriting anda sendiri.

![](/files/6SLR16hGa49dO1VXqwp6)

5\. Tuliskan nama template, content untuk mesej Broadcast anda, kategori(optional), dan klik **Add New**.

![](/files/TxqHNOd1zrDGsujlroDU)

6\. Skrol ke bawah dan klik **Select** pada template yang anda baru tambahkan.

![](/files/EqQv24bhvc9z3UAOMV8g)

7\. Pilih contact list ataupun tagging untuk anda broadcast, dan klik **Next**.

![](/files/0Z1qj7x3qzoJUNVtoCzN)

8\. Di sini anda boleh semak dan pastikan ayat yang akan di broadcast tepat. Jika tepat, anda boleh ke langkah seterusnya, jika sebaliknya, hanya klik pada kotak di bawah **Content Broadcast** untuk edit ayat anda.

![](/files/AfmglYzy6G7YkfLARXnA)

9\. Pilih device yang telah berjaya connect kepada WhatsApp. Sebelum anda menghantar broadcast kepada contact anda, anda boleh mencuba dahulu untuk melihat bagaimana mesej yang contact anda akan dapat. Anda hanya perlu masukkan nombor anda dan klik **Test Send**.

![](/files/TnXRGiHvhXUeLfbouiZA)

10\. Jika semuanya memuaskan, anda boleh klik **Send** untuk mula broadcast kepada contact list anda. Jika sebaliknya, anda boleh klik **Leave** untuk keluar daripada WhatsApp Broadcast.

![](/files/dAkniBfNEFzgIFq64SW7)

11\. Tahniah! Anda telah berjaya untuk setting WhatsApp Broadcast pertama anda.

![](/files/usNCzgxhaPr3VbSBGMZ9)

12\. Contoh WhatsApp Broadcast yang telah dihantar kepada contact list yang dipilih.

![](/files/KQy8RkKBsQEX7bmT7jO5)

13\. Sila klik link di bawah untuk tutorial tambahan untuk WhatsApp Broadcast.

* Cara Menambah Device WhatsApp : [**Tutorial**](/kuasa-blast/broadcast/first-whatsapp-broadcast.md)
