# Card Declined

Untuk mengaktifkan Debit/Kredit kad anda, terdapat 2 perkara yang **PERLU** dilakukan iaitu:

1. Pengaktifan dari pihak bank
2. Pengaktifan dari pihak pemilik kad

Kedua-dua perkara ini perlu dilakukan untuk membolehkan transaksi online antarabangsa tidak disekat.

**Langkah 1 :**

Anda perlu call pihak bank dan beritahu yang anda ingin aktifkan line antarabangsa debit kad anda. Pihak bank mungkin akan bertanya apa laman atau servis antarabangsa yang ingin anda gunakan. Anda perlu beritahu sahaja secara jujur untuk elakkan sebarang masalah.

**Langkah 2 :**

Pihak bank akan bertanya beberapa soalan untuk pengesahan identiti anda. Pastikan anda sudah sedia dengan jawapannya.

* Nombor debit kad anda
* Nama anda seperti dalam IC
* Nombor IC anda
* Nombor akaun anda
* Nombor telefon yang didaftarkan dengan bank

**Langkah 3 :**

Sebelum pihak bank mengaktifkan debit kad anda, mereka akan membaca terma dan syarat pengaktifan untuk persetujuan anda.

**Langkah 4 :**

Pengaktifan daripada pihak bank sudah berjaya. Seterusnya pengaktifan daripada pihak anda pula. Anda hanya perlu mengikuti langkah – langkah yang deberitahu oleh pihak bank. \
**TAHNIAH! Line antarabangsa kad debit anda sudah diaktifkan.**

**Langkah 5 :**

Anda sudah boleh untuk membuat pembayaran semula seperti sebelumnya.&#x20;


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.kuasa.io/guides/account/card-declined.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
